Fikiran Baharu dari Budaya Klasik - Kemakmuran Bersama

2022-10-18 21:03:56  CRI
Share with:

Menurut fikiran ahli falsafah China pada purba kala yang berpaksikan rakyat, kesejahteraan rakyat seharusnya dijadikan keutamaan dalam pelaksanaan dasar domestik, dan ia menjadi teras pemikiran Xi Jinping.

 

“Kita tak boleh membiarkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin makin luas sehingga yang kaya makin kaya, dan yang miskin pula makin miskin. Kita perlu giat berusaha untuk mewujudkan kemakmuran bersama demi memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.” –Xi Jinping

 

Kita mesti mewujudkan, memelihara dan mengembangkan kepentingan asas rakyat, menumpu perhatian kepada masalah yang berkaitan langsung dengan kepentingan rakyat, memperkasakan keseimbangan dan kebolehdapatan perkhidmatan awam, agar mewujudkan kemakmuran bersama.