Modenisasi Ala China Pilihan Baharu bagi Manusia Wujudkan Pemodenan

2022-10-18 14:40:02  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) telah membuka tirainya di Beijing pada Ahad.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, yang juga Presiden China Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat Ke-19 membentangkan laporan dalam kongres tersebut.

Laporan itu memperincikan strategi  pembangunan China sebagai negara sosialis moden yang kuat serta menghuraikan ciri-ciri penting dan inti pati modenisasi ala China.

Dalam laporan beliau, Xi menjelaskan bahawa modenisasi ala China membabitkan populasi besar, visi untuk bersama-sama menjadi kaya, kemajuan seimbang dari segi kebendaan dan kerohanian, simbiosis antara manusia dan alam, serta komitmen menempuh jalan pembangunan secara damai.

Laporan itu juga menjelaskan sembilan aspek dalam modenisasi ala China yang merangkumi mengekalkan pimpinan PKC, mempertahankan amalan sosialisme bercirikan China, mewujudkan pembangunan berkualiti, mengamalkan demokrasi rakyat sepanjang proses, menambah corak kepada hidup spiritual rakyat, membantu seluruh rakyat bersama-sama menjadi kaya, menggalakkan simbiosis antara manusia dan alam, membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan serta merintis format baharu tamadun manusia.

Selain itu, Kongres kebangsaan PKC kali ini memberi petunjuk yang jelas tentang strategi dua fasa untuk merealisasikan modenisasi negara secara menyelulruh. 

Dalam laporan beliau, Presiden Xi  menyifatkan lima tahun akan datang sebagai tempoh permulaan yang penting bagi pembangunan China sebagai negara sosialis moden secara menyeluruh, dan pembangunan berkualiti merupakan misi utama bagi usaha tersebut.

Jelas Xi, modenisasi bukan paten milik negara Barat. Semua negara boleh mewujudkan perkembangan secara  pantas jika mengikuti jalan pembangunan yang selari dengan tata hukum negara sendiri.

Modenisasi ala China mengutamakan  “jalan pembangunan secara damai”, mencadangkan interaksi tamadun, menyangkal apa yang disebut “teori tamadun berkonflik” anjuran negara Barat, dan membentuk format baharu tamadun manusia yang bersifat inklusif bagi mewujudkan keamanan dan perkembangan di dunia.

Pada masa ini, industrialisasi baharu, penggunaan teknologi maklumat, urbanisasi, dan modenisasi pertanian dipacu secara serentak di China, manakala tamadun kebendaan, politik, kerohanian, sosial dan ekologi berkembang secara selaras di negara ini.

Modenisasi ala China pasti semakin kondusif bagi pembanguan negara sendiri, malah kesejahteraan rakyat seluruh dunia.