China Tonggak Penting Kedamaian dan Pembangunan Dunia

2022-10-18 13:13:25  CRI
Share with:

Pemimpin pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa masing-masing mengutus perutusan tahniah kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping sempena perasmian Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin berkata, pemimpin-pemimpin itu rata-rata menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-20 PKC akan menjadi batu tanda baharu bagi pembangunan China. China dipercayai dapat merealisasikan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti yang berteraskan Xi Jinping.  

Mereka juga menyatakan bahawa China sebagai penyokokng orde antarabangsa yang damai, selamat dan multilateral, telah menjadi enjin ekonomi dunia. Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dianjurkan China telah menggalakkan kerjasama pelbagai negara yang saling menguntungkan.

Para pemimpin berharap dapat memperkukuh persahabatan dan hubungan rakan baik dengan China.    

Wang Wenbin berkata, China berpegang teguh kepada jalan pembangunan damai, dan komited untuk menyumbang kepada pembinaan hubungan antarabangsa baharu yang menekankan saling hormat, sama rata, adil, kolaborasi dan saling menang. China giat menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, mendorong keamanan dunia dan pembangunan global, serta memelihara orde antarabangsa.

Selain itu, jurucakap itu berkata, China menyumbang kebijaksanaan dan pelan untuk penyelesaian isu-isu antarabangsa yang penting sehingga mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Wang menyatakan, banyak tinjauan umum di dunia mendapati bahawa China disambut baik oleh masyarakat antarabangsa, terutama negara-negara membangun. Seperti dinyatakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, "China telah menjadi tonggak penting yang tidak boleh tiada dan boleh dipercayai bagi menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia".