WFF Galak Penglibatan Golongan Muda Dalam Usaha Atasi Krisis Bijirin

2022-10-18 13:47:42  CRI
Share with:

Forum Makanan Dunia (WFF) 2022 dirasmikan di Rom, Itali pada Isnin.

Forum edisi ini bertujuan untuk menarik penglibatan golongan muda dari seluruh dunia  bagi berkongsi pandangan mereka tentang cara berkesan untuk menangani krisis bijirin dunia yang semakin meruncing dengan inovasi dan teknologi.

Forum yang berlangsung selama lima hari ini diadakan secara hibrid oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dengan diterajui golongan belia seperti edisi lalu dan melibatkan Forum Pemuda Global WFF, Forum Sains dan Inovasi FAO serta Forum Pelaburan "Hand-in-Hand" FAO.