Pemimpin China, Uganda Saling Utus Kawat Tahniah atas Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik

2022-10-18 13:16:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Uganda, Yoweri Kaguta Museveni saling mengutus kawat tahniah atas ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi berkata, persahabatan tradisional China-Uganda kekal baik. China mengambil berat terhadap pembangunan hubungan kedua-dua negara dan bersedia terus berusaha bersama untuk mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Forum Kerjasama China-Afrika supaya memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara di samping terus membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada era baharu.

Yoweri Kaguta Museveni pula menyatakan bahawa pihaknya akan terus berusaha mendorong perkembangan hubungan dengan China. Beliau yakin bahawa kerjasama dan persahabatan kedua-dua negara pasti akan ditingkatkan lagi sehingga memberi manfaat kepada rakyat sekali gus memberi sumbangan kepada keamanan, kestabilan dan kerjasama sedunia.