PKC Iltizam Kekalkan Usaha Memerangi Rasuah

2022-10-18 15:56:58  CRI
Share with:

Usaha memerangi rasuah tidak akan dihentikan, manakala sistem pencegahan dan kawalan budaya rasuah akan disempurnakan demi tercapainya kejayaan yang konsisten dan peningkatan kepantasan dalam sistem tadbir urus. Demikian dinyatakan Xiao Pei, Naib Setiausaha Suruhanjaya Pusat Parti Komunis China (PKC) untuk Pemeriksaan Disiplin yang juga Naib Pengarah Suruhanjaya Penyeliaan Negara dalam sidang akhbar yang kedua sempena Kongres Kebangsaan PKC ke-20 yang sedang berlangsung di Beijing semalam.

Menurut Xiao, sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-18 PKC hingga sekarang, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap 553 orang kader peringkat pertengahan. Beliau menekankan bahawa perjuangan anti rasuah tidak boleh dihentikan walau sesaat.

Langkah-langkah PKC berkenaan bersamaan dengan menunaikan janji Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping tentang 'mengheret mereka yang disabit salah ke muka pengadilan dan menjatuhkan hukuman di sisi undang-undang, tak kira sesiapa pun, atau setinggi mana pun pangkatnya. Ini sama sekali bukan cakap kosong'.

Menurut hasil tinjauan pendapat umum yang dijalankan Suruhanjaya Pusat PKC untuk Pemeriksaan Disiplin bersama Biro Statistik Negara pada tahun ini, 97.4% penduduk awam menganggap usaha PKC dalam mendisiplinkan anggota parti secara ketat amat berkesan. Kadar ini telah meningkat 22.4% berbanding tahun 2012. Manakala 99% penduduk menganggap bahawa langkah-langkah Jawatankuasa Pusat PKC berkenaan mempamerkan semangat gagah milik PKC dalam melancarkan revolusi terhadap badan dan anggotanya.