Modenisasi Ala China, Sumbangan Signifikan bagi Kemajuan Manusia
Terdapat maklum balas dari tokoh asing yang berbunyi bahawa mereka berharap agar Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang membuat perancangan strategik bagi pembangunan China pada masa depan, boleh menyediakan peluang baharu kepada kerjasama pelbagai negara lain dengan China.
Presiden Laos, Thongloun Sisoulith berkata, pihaknya memperhatikan berlangsungnya Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC dan semoga kongres berkenaan mencapai kejayaan. Kemaraan China ke arah yang sihat adalah mantap di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat PKC yang berteraskan Xi Jinping yang berkeyakinan teguh, berkebijakan besar, berpandangan jauh dan berkaliber tinggi. Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran Xi mendapat sokongan penuh dari Laos yang sudah pun amat memanfaatkan pelaksanaannya. Pihaknya yakin, Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC pasti akan membuahkan hasil yang kondusif bagi pembangunan negara sosialis yang bercirikan China dan perjuangan Matlamat Seratus Tahun yang kedua.
Pengarah Pusat Pemerintahan dan Pengekalan (CGS) Sekolah Perniagaan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Lawrence Loh berkata, kemajuan signifikan yang dicapai China dalam pembangunan sosioekonomi khususnya dalam modenisasi negara pada sedekad lalu adalah berbaloi untuk dipelajari negara lain.
Pengarah Pusat Pengajian Kerjasama BRI Tahailand-China, Wirun Phichaiwongphakdee menyifatkan laporan Presiden Xi Jinping yang menegaskan keutamaan pada rakyat telah memberikan ilham besar kepadanya. Thailand sedang mempelajari pengalaman China dalam membanteras kemiskinan dengan harapan agar rakyatnya juga hidup dengan bahagia. Sementara itu, peri pentingnya pendidikan dan sumber manusia yang kerap kali disebut Xi dalam laporan tersebut meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya, dan pendekatan China dalam membentuk keunggulan dan pengerak baharu menerusi inovasi juga boleh dipejalari dan dicontohi.