Xi: Modenisasi Ala China Sesuai dengan Keadaan China

2022-10-18 14:30:11  CRI
Share with:

Modenisasi ala China yang berakar di negara ini sesuai dengan keadaan China, kata Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri sesi perbincangan delegasi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi bagi Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada Isnin.

Beliau menyatakan, usaha harus dipergiat untuk mendorong kebangkitan gemilang bangsa China menerusi modenisasi ala China.

Selepas mendengar pandangan wakil-wakil dari wilayah Guangxi, Xi menyatakan bahawa sejak memasuki era baharu, pemahaman Parti dalam pembinaan negara sosialis moden semakin diperdalam, strateginya semakin disempurnakan, dan amalannya terus dipergiat, sehingga modenisasi ala China berjaya diintensifkan dan dikembangkan.

Xi mengingatkan para wakil supaya meletakkan pembangunan negara dan bangsa pada dasar kerja, di samping menguasai takdir pembangunan dan kemajuan China di tangan sendiri.

Sementara itu, menurut Xi, tugas yang paling penting buat masa ini adalah untuk melaksanakan keputusan dan pengaturan utama yang dibuat dalam Kongres Kebangsaan ke-20 PKC sehingga mencapai hasilnya.

Dalam sesi perasmian Kongres Kebangsaan ke-20 PKC yang diadakan pada 16 Oktober, Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC membentangkan laporan. Beliau menyatakan bahawa tugas utama PKC bagi fasa seterusnya adalah untuk memimpin rakyat ke arah merealisasikan Matlamat 100 Tahun Kedua untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat, dan memacu kebangkitan bangsa secara menyeluruh menerusi modenisasi ala China.