Modenisasi Ala China 'Tanpa Ketinggalan Seorang Pun'
Laporan Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang isi kandungannya banyak membawa makna yang besar. Satu peradaban manusia model baharu akan disaksikan dunia menerusi praktik 'modenisasi ala China'.
Demikian ujar pakar bahasa Laos yang pernah bertugas sebagai Pengarah Jabatan Berita Stesen Radio Kebangsaan Laos, Ongtay Chaleunsouk yang sejak sekian lama peka akan pembangunan China.
Kata beliau, pada sedekad lalu, China di bawah pimpinan PKC mencapai sejumlah prestasi signifikan termasuk kejayaan dalam pembanterasan kemiskinan tegar dan pembangunan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh.
Ongtay yang sangat peka akan bidang penerbangan angkasa lepas berkata, China berjaya membangunkan stesen angkasa lepas milik sendiri sekaligus menerbangkan angkasawan ke situ, satu pencapaian yang dilihat hanya dalam kemampuan beberapa negara sahaja. Walau lambat mengayunkan langkah dalam bidang terbabit, China berlari cepat bahkan sudah mengungguli banyak negara lain pada banyak aspek. Tambahan lagi, China sudi berkongsi hasilannya dengan dunia.
Menyentuh modenisasi pula, Ongtay berkata, modenisasi ala China sangat berlainan dengan yang diusahakan Barat. Ia adalah modenisasi yang diterajui PKC yang bertujuan membantu rakyat berbilang kaum di seluruh negara bersama-sama menjadi kaya tanpa ketinggalan seorang pun.