PKC Berkaliber Tinggi: Pemimpin Pelbagai Negara

2022-10-19 14:56:19  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) membuka tirai di Beijing pada 16 Oktober lepas. Pemimpin dari pelbagai negara ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini menyatakan bahawa rakyat China pasti mampu dapat merealisasikan Matlamat Seratus Tahun kedua mengikut jadual, dan menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia dibawah pimpinan PKC.

Presiden Laos, Thongloun Sisoulith menyatakan, beliau yakin Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC akan membuahkan hasil kondusif yang memanfaatkan rakyat dan menyuntik kedinamikan kepada pembangunan negara sosialis moden yang bercirikan China.

Menteri Luar Vietnam, Bui Thanh Son menyatakan, Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC bukan sahaja perkara penting di China, bahkan menjadi tumpuan dunia. Beliau yakin rakyat China pasti akan dapat mewujudkan Matlamat Seratus Tahun kedua, menjadikan China sebuah negara sosialis moden yang kuat, makmur, demokratik, bertamadun, harmoni dan indah. Beliau menyatakan, Vietnam akan sentiasa menyokong China bagi menyumbang kepada kedamaian, kolaborasi dan pembangunan dunia.  

Presiden Persekutuan Demokratik Bersatu (UDA) Kenya, Johnstone Muthama memberi penilaian tinggi terhadap pencapaian yang diperoleh rakyat China. Katanya, China sebagai rakan pembangunan terbesar bagi Kenya, telah memberi sokongan besar kepada negara itu dalam bidang pembinaan infrastruktur. UDA berharap untuk meningkatkan komunikasi dengan PKC demi meningkatkan hubungan dua hala.

Bekas Bendahari Parti Seluruh Kongres Progresif (APC) Nigeria, Adamu Fanda menyatakan, PKC menumpukan pembangunan ekonomi dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat dan merupakan satu parti berkaliber tinggi yang mendapat sambuatan rakyat secara meluas. Parti politik Afrika harus mempelajari pengalaman PKC yang berjaya, iaitu mengutamakan kestabilan masyarakat, pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.