Aktif Terlibat dalam Pembangunan Negara

2022-10-19 15:30:56  CRI
Share with:

Tokoh-tokoh pelbagai kalangan masyarakat dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HK) dan Wilayah Pentadbiran Khas Macau mengatakan, laporan  yang dibentangkan dalam sesi perasmian Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) telah menetapkan hala tuju pembangunan kedua-dua wilayah pentadbiran khas tersebut, di samping mengukuhkan keazaman dan keyakinan penduduk tempatan untuk aktif terlibat dalam pembangunan negara.

Guru Besar Sekolah Menengah Pui Kiu (PKMS) HK, Jack Ng Wun-kit berkata, beliau amat teruja apabila mendengar laporan yang dibentangkan Xi Jinping tentang pembangunan pendidikan, sains dan teknologi. Ini membolehkan golongan belia di HK memahami bahawa membangunkan HK sebagai pusat inovasi sains dan teknologi antarabangsa adalah tindakan melibatkan diri dalam pembangunan negara. Sebagai guru, kami akan memberi bimbingan kepada para pelajar dan menyemarakkan semangat patriotisme mereka.

Pengerusi Tetap Persatuan Am Wanita Macau, Ho Teng Iat menyatakan, banyak aturan strategik yang disebut dalam laporan Kongres tersebut menyediakan ruang dan peluang kepada Macau untuk memainkan kelebihannya agar mewujudkan pembangunan yang lebih baik dan mengukuh keyakinan penduduk Macau terhadap masa depan.