Mesyuarat ke-2 Presidium Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Diadakan

2022-10-19 11:41:43  CRI
Share with:

Mesyuarat kedua presidium Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat tersebut. 

Mesyuarat itu telah meluluskan untuk menyerahkan draf resolusi Laporan Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC, draf resolusi Laporan Kerja Suruhanjaya Pusat ke-19 untuk Pemeriksaan Disiplin dan draf resolusi Pindaan Piagam PKC kepada pelbagai rombongan untuk dibincangkan. Yang diluluskan itu juga melibatkan senarai calon anggota dan anggota cadangan Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 dan Suruhanjaya Pusat PKC ke-20 untuk Pemeriksaan Disiplin, yang akan diserahkan kepada semua rombongan untuk dipertimbangkan.