Pembangunan Berkualiti di Pelbagai Tempat China Jadi Tumpuan

2022-10-19 13:46:10  CRI
Share with:

Jurucakap delegasi dari tujuh bandar, provinsi dan wilayah yang menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) menjawab pertanyaan wartawan dalam temu bual secara beramai-ramai perdana yang diadakan di pusat media pada Selasa.

Ketika memperkenalkan keadaan perbincangan dan pembelajaran tentang laporan Kongres Kebangsaan edisi ini, jurucakap delegasi bandar Beijing yang juga Anggota Tetap dan Ketua Setiausaha Jawatankuasa Bandar Beijing PKC, Zhao Lei menyifatkan Beijing sebagai megabandar pertama di China yang menjalankan pengurangan kapasiti dalam proses pembangunan.

Menurutnya, Beijing telah mengurangkan tanah seluas 110 kilometer persegi untuk kegunaan pembinaan pada beberapa tahun kebelakangan ini sehingga tahap kepadatan penduduk dan bangunan telah menurun di kawasan pusat bandar, manakala fungsi dan status Beijing sebagai ibu negara semakin menonjol.

Jurucakap delegasi bandar Tianjin yang juga Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Tianjin PKC, Jin Xiangjun menyatakan, Tianjin akan berfokus pada pembinaan pangkalan penyelidikan dan pembangunan sektor pembuatan yang canggih di peringkat kebangsaan, hab pengangkutan perkapalan antarabangsa utara China, zon demonstrasi inovasi dan pengoperasian sektor kewangan, dan zon perintis amalan pembaharuan dan pintu terbuka bagi menampung industri dan institusi yang tidak selaras dengan fungsi ibu negara yang dipindahkan dari Beijing dan memberikan sokongan kepada pembinaan Zon Baharu Xiong’an.

Jurucakap delegasi provinsi Jilin yang juga Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Jilin PKC, Liu Wei menyatakan, lonjakan besar berturut-turut diwujudkan dalam pengeluaran bijirin di provinsinya dengan jumlahnya pernah mencatat 35 bilion kilogram dan 40 biliion kilogram pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, Jilin yang keluasannya merupakan dua peratus keseluruhan negara ini menyumbang 5.92 peratus keseluruhan pengeluaran bijirin, dan dijangka akan mencipa satu rekod baharu dalam bidang tersebut pada tahun ini.

Jurucakap delegasi wilayah Mongolia Dalam yang juga Anggota Tetap dan Naib Pengerusi Tetap Jawatankuasa wilayah Mongolia Dalam PKC,  Huang Zhiqiang menyatakan,  sumber kuasa angin di Mongolia Dalam merupakan 57 peratus keseluruhan negara ini, sedangkan sumber kuasa suria melampaui 21 peratus. Pihaknya akan mengambil pelbagai langkah untuk memperkasa perkembangan tenaga baharu.