Demokrasi Rakyat Sepanjang Proses Paparan Budaya dan Kebijaksanaan China
Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) sedang diadakan di Beijing pada masa ini. Pemimpin tertinggi PKC, Xi Jinping ketika membentangkan laporan pada sesi perasmian kongres tersebut pada 16 Oktober telah menyebut satu konsep baharu yang tidak pernah disebut dalam persidangan Parti, iaitu demokrasi rakyat sepanjang proses.
Konsep tersebut dianjurkan beliau ketika meninjau sebuah komuniti kediaman di daerah Changning, bandar raya Shanghai pada 2 November 2019.
Pada Mac 2021 pula, konsep itu dimasukkan ke dalam Undang-Undang Organisasi Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China.
Apakak maksudnya "demokrasi rakyat sepanjang proses"?
Secara pendek kata, ia bermaksud warga China mempunyai hak dan kepentingan demokratik dalam segenap proses politik di negara ini, termasuk hak memilih, bermesyuarat, membuat keputusan, terlibat dalam pentadbiran dan penyeliaan.
Setelah memilih wakil rakyat, warga negara ini juga boleh mengemukakan rayuan dan cadangan perundangan di "pusat wakil rakyat" dan "stesen perhubungan wakil rakyat" yang dibina di komuniti kediaman. Pusat dan stesen seumpama ini juga dipanggil sebagai "rumah demokrasi".
Dalam pelbagai cara demokrasi di dunia, cara demokrasi di China tersebut dikategorikan sebagai "demokrasi partisipatif". Subjek politik di China bukan sesebuah parti politik atau wakilnya, tetapi warga negara ini. Pada pandangan rakyat China, demokrasi bukan sahaja diperlihatkan dalam pemilihan, tetapi juga membolehkan lebih ramai orang menyertai tadbir urus negara dan sosial agar demokrasi dilaksanakan dengan berkesan.