Pengalaman Pembangunan China Patut Ditimba
Sarjana dari beberapa negara menyuarakan pandangan masing-masing bahawa Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang berlangsung sekarang ini merupakan peluang bagi dunia untuk mengenali dan mengetahui China dengan lebih baik, dan pengalaman China dalam pembangunannya yang cemerlang dalam tempoh sedekad lalu patut ditimba oleh pelbagai negara.
Bekas Menteri Kehakiman Itali dan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Rom, Oliviero Diliberto menyatakan bahawa China sebagai kuasa penganjur kedamaian dan kerjasama di dunia, bertindak membina 'jambatan' antara rakyat pelbagai negara dan bukannya 'membina tembok'. Di dalam negerinya sendiri, China sudah mengecapi pencapaian yang cemerlang dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, khususnya membuahkan hasil yang melimpah dalam pembasmian kemiskinan. Peruntukan China terhadap pemupukan kebakatan muda yang bertugas dalam bidang pendidikan dan penyelidikan sains tidak ada tolok bandingnya di dunia. Ini memastikan China boleh terus maju jaya.
Ketua Pusat Penyelidikan Ekonomi Antarabangsa Universiti Chulalongkorn menyatakan bahawa dalam lebih seratus tahun lalu, Parti Komunis China penuh hati membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat dengan seluruh jiwa raga sehingga China melakar pencapaian yang ketara, dan berjaya menempuh satu jalan pembangunan yang selaras dengan tata hukum negaranya. Pengalaman ini boleh ditimba Thailand untuk mewujudkan pembangunan mampan.