Mesyuarat Berkumpulan Diteruskan Pelbagai Rombongan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC

2022-10-20 12:38:32  CRI
Share with:

Pelbagai rombongan terus mengadakan mesyuarat berkumpulan semasa berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) semalam untuk mempertimbangkan senarai calon anggota dan anggota cadangan Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 dan Suruhanjaya Pusat PKC ke-20 untuk Pemeriksaan Disiplin serta membincangkan draf resolusi Laporan Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC, draf resolusi Laporan Kerja Suruhanjaya Pusat ke-19 untuk Pemeriksaan Disiplin dan draf resolusi Pindaan Piagam PKC.