Parti dan Pertubuhan Sahabat PKC Melebihi 600 di Dunia

2022-10-20 14:49:27  CRI
Share with:

Naib Ketua Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Shen Beili berkata, PKC mengekalkan hubungan dalam pelbagai bentuk dengan lebih 600 parti dan pertubuhan politik di dunia pada masa ini.

Ketika memperkenalkan keadaan hubungan luar China dalam satu sidang media pada Khamis, Shen berkata, PKC bertindak konsisten dalam menjalankan pertukaran dan dialog, dan berkongsi pengalaman tadbir urus negara dan Parti dengan pihak asing bagi bersama-sama meningkatkan kecekapan tadbir urus.

"Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Sesi Dialog Peringkat Tinggi PKC dengan Parti Politik Dunia serta Sidang Kemuncak PKC dengan Parti Politik Dunia telah diadakan.

"Melalui penganjuran siri aktiviti itu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping secara sistematik menghuraikan konsep dunia, nilai dan tanggungjawab yang dipegang anggota PKC serta mengemukakan cadangan agar parti pelbagai negara berganding bahu untuk menghadapi perubahan drastik situasi semasa yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah dunia.

"PKC telah besama dengan negara-negara yang terlibat dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membentuk mekanisme permesyuaratan parti politik dan mengadakan Persidangan Masyarakat Antabangsa bagi Melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), selain berkongsi pelan pencegahan dan kawalan pandemik serta rancangan diagnosis dan rawatan dengan 400 parti politk negara lain.

"Di samping itu, PKC juga mengadakan aktiviti untuk memperingati Hari Kedamaian Antarabangsa dan mencadangkan semua negara melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) bagi memelihara kedamaian dan kestabilan dunia," kata Shen.

Beliau menegaskan lagi, PKC akan terus memperkukuh hubungan dengan parti politik negara lain, dan membina platform dialog parti politik global bagi mengeratkan hubungan rakan global yang sama rata, terbuka dan bekerjasama.