John Lee Ka Chiu Umumkan Laporan Pentadbiran Pertamanya

2022-10-20 16:44:22  CRI
Share with:

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-chiu telah mengumumkan laporan pentadbiran yang pertama dalam penggal perkhidmatannya di Majlis Perundangan semalam. Bidang ekonomi dan kehidupan rakyat, beserta matlamat meningkatkan daya saingan Hong Kong merupakan antara fokus utama laporan tersebut.

Menurut John Lee, Hong Kong mempunyai kelebihan tersendiri yang berkaitan dengan lokasinya yang “bersandarkan pada tanah air dan mempunyai akses mudah dengan seluruh dunia” dan kedudukannya dalam kerangka pelaksanaan dasar “Satu Negara Dua Sistem”. Hong Kong sejak sekian lama berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan pasaran Tanah Besar gergasi dengan dunia luar. Selain itu, Hong Kong juga akan menikmati peluang yang tidak terbatas sepanjang pelaksanaan “Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan” ke-14, pembinaan Zon Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau serta pembangunan berkualiti “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI).

John Lee berkata, pihaknya akan bersatupadu dengan pelbagai kalangan masyarakat wilayah Hong Kong untuk terus menyuburkan tradisi yang inklusif pada lima tahun akan datang demi membawa manfaat kepada penduduk tempatan dan memacu pembangunan.