Kampung Contoh Pembangunan Pertanian dan Pembanterasan Kemiskinan China-Afrika di Kenya

2022-10-20 13:36:33  CRI
Share with:

Satu plak yang tertera  'Kampung Contoh Pembangunan Pertanian dan Pembanterasan Kemiskinan China-Afrika'  yang pertama di Kenya telah dipasang di kampung Matangitiza, kaunti Nakuru pada  Selasa. Ia juga menjadi salah satu kampung contoh kumpulan pertama tajaan  Persekutuan Inovasi untuk Pendidikan, Pertanian dan Sains & Teknologi dalam  kerangka Kerjasama Selatan-Selatan yang berpandukan Inisiatif Jalur dan Laluan  (BRI).

Dalam tempoh pembinaan  kampung tersebut pada tiga tahun akan datang, pakar dari Universiti Pertanian  Nanjing China dan pakar tempatan Kenya akan bekerjasama memperkenalkan sejumlah  teknologi pertanian yang canggih dan pragmatik yang sudah dipopularkan di China  ke rantau Afrika Timur termasuk Kenya di mana terdapat permintaan yang besar.  Ini dipercayai adalah kondusif bagi meningkatkan taraf teknologi pertanian dan  menjana penghasilan serta peningkatan pendapatan kaum tani  tempatan.

Dalam ucapan video untuk majlis perasmian, Naib Presiden Universiti Pertanian Nanjing, Hu Feng berharap  agar kampung Matangitiza dibangunkan menjadi teladan baharu dalam kerjasama  antara China dengan Afrika, dan teknologi canggih pertanian China yang  diperkenalkan ke Afrika boleh membawa manfaat kepada sektor pertanian  tempatan.

Naib Presiden Universiti  Egerton Kenya, Richard Mulwa berharap agar pihaknya boleh memanfaatkan momentum  terbabit, dan melalui penggunaan teknologi pertanian canggih yang diperkenalkan  dari China mempererat perkongsian strategik antara universiti, sekaligus  menggalakkan perkembangan kerjasama dan persahabatan Afrika dengan  China.