GDI, Cerminan Tanggungjawab Diplomatik China Era Baharu

2022-10-20 16:43:11  CRI
Share with:

Inisiatif pembangunan global (GDI) merupakan salah satu cerminan tentang China menyumbang kebijaksanaan tersendiri dalam menangani ‘defisit’ yang wujud dalam tadbir urus global dan menyahut cabaran global. Selain itu, GDI juga dilihat sebagai amalan China tentang konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dan mencerminkan kegagahan dan tanggungjawab yang dipikul satu negara besar dalam melaksanakan diplomasi pada zaman baharu.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Wang, Presiden China Xi Jinping mengemukakan GDI dalam sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB ke-76 pada September tahun yang lalu, dengan tujuannya mendorong masyarakat antarabangsa memberikan semula perhatian terhadap masalah pembangunan, meningkatkan kerjasama antarabangsa di samping menyumbangkan kebijaksaan dan pakej penyelesaian China bagi memacu pembangunan dan mempercepat langkah dalam pelaksanaan agenda 2030 PBB.

Kini, GDI telah mendapat sokongan daripada lebih 100 buah negara dan sejumlah pertubuhan antarabangsa, manakala lebih 60 buah negara pula memilih menganggotai “kumpulan rakan GDI”.

Selain itu, GDI dilaporkan tersenarai dalam dokumen kerjasama China dengan ASEAN, Asia Tengah, Afrika, Amerika Latin dan negara kepulauan Pasifik.

Wang menegaskan bahawa China akan terus menghubungkan pembangunan sendiri dengan pembangunan segala manusia pada masa hadapan, sentiasa berperanan sebagai penyumbang bagi pembangunan global dan pembekal produk awam, sekali gus berganding bahu dengan rakyat pelbagai negara untuk menambah elemen yang stabil dan positif dalam senario global serta terus mara menuju ke matlamat pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.