Jamin Keselamatan Makanan Sendiri, Pelihara Keselamatan Makanan Dunia
Mengukuhkan asas keselamatan makanan secara menyeluruh, menjaga tanah pertanian seluas 120 juta hektar di China, dan memastikan keselamatan makanan China diletakkan di tangan rakyat negara ini sendiri, kata Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada sesi perasmian Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada 16 Oktober.
Keselamatan makanan orang China, yang menduduki satu perlima populasi dunia, berkait rapat dengan keselamatan makanan global dan menjadi tumpuan dunia.
Dalam sidang akhbar pertama Kongres Kebangsaan ke-20 yang diadakan pada 17 Oktober, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Makanan dan Rizab Strategik Negara (NFSRA) China, Cong Liang memberitahu bahawa jumlah pengeluaran makanan per kapita di China mencatat 483.5 kilogram, melebihi garis keselamatan bahan makanan antarabangsa iaitu 400 kilogram.
Keluasan tanah pertanian di China menenpati 9 peratus daripada tanah pertanian dunia. Namun hasil bahan makanan di negara ini menyumbang satu perempat daripada jumlah dunia, sekali gus menjamin keselamatan makanan kepada satu perlima populasi dunia. Prestasi cemerlang ini berkait rapat dengan dasar dan langkah kerajaan yang giat mendorong modenisasi pertanian serta meningkatkan daya pengeluaran bahan makanan secara berterusan.
Antara langkah-langkah tersebut termasuk memperkasakan industri pengeluaran benih sebagai asas pertanian, membaiki prasarana pertanian di samping menjamin keluasan tanah pertanian, melaksanakan polisi harga minimun pembelian gandum dan padi untuk memastikan kepentingan golongan petani terjamin, meningkatan keefisienan pengeluaran bahan makanan melalui teknologi moden seperti Internet benda (IoT), data besar dan lain-lain.
Di samping itu, China juga menghulurkan bantuan bahan makanan kepada negara-negara lain.
China telah mengadakan kerjasama pertanian dengan lebih 140 negara dan wilayah dan mempromosi lebih 1,000 teknologi pertanian kepada negara-negara membangun. Kerjasama dan bantuan China itu berjaya meningkatkan jumlah pengeluaran hasil pertanian sebanyak 30 hingga 60 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta isi rumah petani di negara-negara berkaitan, sekali gus membantu negara-negara membangun meningkatkan jaminan bahan makanan.
Ketika berucap pada sesi perasmian Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, pemimpin tertinggi China menyeru masyarakat antarabangsa berganding bahu untuk melaksanakan inisiatif pembangunan global dan inisiatif keselamatan global supaya bersama-sama menangani cabaran.