Jumlah Negara Berhubungan Diplomatik dengan China Tambah kepada 181
Dalam tempoh sedekad lalu yang dilihat sebagai permulaan satu era baharu, jumlah negara yang berhubungan diplomatik dengan China meningkat ke 181 buah, sedangkan jumlah pertubuhan asing yang berhubungan rakan dengan China bertambah ke 114 buah.
Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu berkata dalam satu sidang media anjuran Pusat Penerangan Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) hari ini, China giat melibatkan diri dalam tadbir urus global pada masa ini berdasarkan pengaruhnya yang semakin besar di arena antarabangsa, dan sudah menjadi sokoguru dalam memelihara amalan multilateralisme.
Tambahnya, munculnya satu dunia yang pecah-belah tidak selaras dengan kepentingan manapun pihak. Konfrontasi antara kem akan membawa dunia ini ke jalan buntu.
"Panduan dan matlamat dasar luar China amat jelas, iaitu untuk memelihara kedamaian dunia, menggalakkan pembangunan bersama, dan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan", katanya.