Hubungan Rakan Sejagat yang Sama Rata Terbuka dan Kerjasama
Terdapat pepatah di China pada zaman purba menyebut, "makanan lazat dihasilkan kerana penggunaan pelbagai perasa". Pemimpin tertinggi China, Xi Jinping pernah memetik pepatah itu untuk menggambarkan hubungan antarabangsa China yang terbuka dan inklusif.
Menurut beliau, tamadun yang berbeza adalah sama rata. Perbezaan tamadun tidak patut menjadi punca konflik, sebaliknya patut menjadi daya penggerak bagi kemajuan tamadun manusia.
Dalam sesi perasmian Kongres Kebangsaan ke-20 PKC pada 16 Oktober, Xi Jinping sekali lagi membuat seruan supaya "menghormati kepelbagaian tamadun dunia, melintasi halangan tamadun menerusi pertukaran, mengatasi konflik tamadun menerusi saling belajar, menggantikan keunggulan tamadun dengan kewujudkan bersama, dan bersama-sama menghadapi cabaran global. Rakyat China bersedia bersama-sama rakyat seluruh dunia untuk mencipta masa depan yang lebih cemerlang."
Gambar: Kongres Kebangsaan ke-20 PKC dirasmikan di Beijing pada 16 Oktober 2022.
Gambar: Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 selama 16 hari menutup tirainya di Sarang Burung, stadium negara di Beijing pada 20 Februari 2022. Bunga api yang membentuk perkataan "ONE FAMILY" dinyalakan.
Gambar: China dan Itali merupakan negara tamadun purba dan buaian budaya masing-masing di dunia Timur dan Barat. Pameran tamadun Rom purba diadakan di Muzium Negara China pada Julai hingga Oktober 2022, menerima kunjungan lebih 100 ribu orang.