Pakar AS Kecam Demokrasi Barat

2022-10-21 15:20:50  CRI
Share with:

Bekas penasihat khas bagi Setiasauaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Besatu (PBB) yang juga pakar ekonomi Universiti Columbia, Profesor Jeffrey D. Sachs mengecam kemunafikan sistem demokrasi Barat yang diwakili Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Sebagai tetamu kehormat dalam satu forum yang diadakan di Greece pada 29 September lalu, Profesor Jeffrey D. Sachs berkata, AS pada pandangannya merupakan negara berunsurkan rasialisme di bawah sistem hierarki yang diterajui orang kulit putih yang bertujuan untuk memelihara hak istimewa golongan elit. Ini juga matlamat asal penggubalan Perlembagaan AS pada tahun 1787.

"Untuk kepentingan orang kulit putih, negara ini pernah melancarkan pembunuhan secara besar-besaran terhadap golongan bumiputera di Amerika Utara. Apa yang mengagumkan adalah situasi seumpama ini kekal wujud di AS walaupun tata hukum masyarakat menjadi semakin pelbagai pada masa ini," katanya.

Menurutnya, kebanyakan orang menganggap negara demokratik sebagai negara yang baik, namun setakat abad ke-19, Britain yang dianggap sebagai negara yang mungkin paling demokratik merupakan negara yang paling kejam kerana negara itu pernah sewenang-wenangnya melancarkan pembunuhan yang bercorak imperialisme terhadap negara lain, walaupun di dalam negerinya mengamalkan apa yang disebut sistem demokratik.

Profesor Jeffrey D. Sachs berkata, selanjutnya dari tahun 1950 hingga sekarang, negara yang paling kejam adalah AS.