Perbincangan Perwakilan terhadap Laporan Xi dalam Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC
Jurucakap delegasi dari enam provinsi, wilayah, jabatan kerajaan dan perusahaan milik negara yang menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) menjawab pertanyaan wartawan dalam temu bual secara beramai-ramai yang diadakan buat kali kelima di Pusat Media pada Khamis.
Jurucakap delegasi wilayah Ningxia yang juga Anggota Tetap dan Ketua Jabatan Seranta Jawatankuasa Wilayah Ningxia PKC, Li Jinke berkata, sejumlah langkah berkaitan hidup rakyat yang diambil di wilayah Ningxia berhasil menjadikan rakyat tempatan dibayangi rasa relevan, sejahtera dan selamat dalam tempoh sedekad lalu.
Menurut Li, pihaknya akan terus berpegang pada garis panduan yang berpaksikan kepentingan rakyat, memacu pembangunan desa dengan memanfaatkan pencapaian yang dilakar dalam usaha pembasmian kemiskinan demi meningkatkan tahap hidup penduduk setempat.
Jurucakap delegasi wilayah Xinjiang yang juga Naib Setiausaha dan Ketua Jabatan Seranta Jawatankuasa Wilayah Xinjiang PKC, Zhang Chunlin berkata, pelaksanaan projek-projek yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dalam bidang pengambilan pekerjaan, pendidikan, perubatan dan jaminan sosial diperkasakan di Xinjiang sejak berakhirnya Kongres Kebangsaan Ke-18 PKC sehingga penduduk tempatan yang berbilang etnik semakin dibayangi rasa relevan, bahagia dan selamat. Masa depan Xinjiang dipercayai lebih cerah.
Jurucakap delegasi perusahaan milik negara yang juga Presiden State Power Investment Corporation (SPIC) China dan Setiausaha Jawatankuasa PKC di SPIC, Qian Zhimin menyifatkan perusahaan milik negara sebagai asas kebendaan dan asas ekonomi bagi pembangunan negara sosialis yang bercirikan China. Menurutnya, perusahaan-perusahaan milik negara akan berusaha meneruskan inovasi sains dan teknologi, memacu pembangunan berkualiti, memperkasa kerjasama antarabangsa dan menyempurnakan sistem perusahaan moden di bawah pimpinan PKC.