Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Lahirkan Pengaruh Penting terhadap Dunia
Sejumlah tokoh-tokoh antarabangsa menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) bakal melakhirkan pengaruh penting terhadap dunia.
Speaker Parlimen Thailand, Chuan Leekphai menyatakan bahawa beliau pernah bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping dan diberitahu tentang pemimpin China itu yang selalu menjalankan tinjauan di peringkat akar umbi untuk mengambil tahu perkembangan masyarakat, dan berjaya memimpin rakyat China melakar pencapaian yang mengagumkan dalam pelbagai bidang. Chuan Leekphai merakamkan harapan yang ikhlas semoga China mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Setiausaha Agung Parti Sosial yang memerintah di Albania, Damian Gjiknuri pula menyatakan bahawa PKC yang membimbing China mendorong pembangunan sehingga mencapai kejayaan yang amat besar sekali gus memberikan sumbangan penting kepada kedamaian dan pembangunan dunia. Pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama dengan PKC untuk menyumbang kepada perkembangan manusia.
Bekas Menteri Luar Bolivia menganggap bahawa tujuan revolusi dan pembangunan di China adalah untuk rakyat. Presiden Xi dalam laporannya menekankan lagi peri pentingnya rakyat diutamakan. Ini memberikan ilham kepada negara lain bahawa bertindak menyejahterakan rakyat adalah mesti bagi satu kerajaan yang baik.