China Sentiasa Pembekal Peluang bagi Dunia

2022-10-21 16:02:01  CRI
Share with:


Dalam laporan disampaikan Presiden China, Xi Jinping dalam Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) baru-baru ini, beliau berkata, China mengekalkan dasar diplomatik yang bertujuan melindungi keamanan dunia dan mendorong pembangunan bersama di samping berusaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Isyarat yang terdedah dalam ucapan Presiden Xi tersebut menimbulkan perbincangan hangat di masyarakat antarabangsa. Terdapat ahli penganalisis yang berpendapat bahawa ini memperlihatkan keputusan dan keazaman China untuk terus menempuh jalan modenisasi berdasarkan pembangunan damai, manakala PKC pula akan “terus memberi sumbangan lebih besar bagi kedamaian, kemajuan dan kemakmuran dunia”.


China hanya menghabiskan puluhan tahun sahaja dalam menyelesaikan proses perindustrian yang pernah dialami negara-negara maju selama ratusan tahun, dan berjaya mencipta dua keajaiban dalam pembangunan ekonomi yang pesat dan pewujudan masyarakat yang stabil untuk suatu jangka masa yang panjang. Ini tidak terlepas dari perjuangan gigih rakyat China di bawah pimpinan PKC, dan juga tidak terlepas dari sumbangan PKC yang sentiasa bertindak selaras dengan denyut nadi arus zaman dan jalan pembangunan secara damai yang dipertahankannya.

“Melindungi tata tertib asas hubungan antarabangsa, melindungi keadilan dan kesamarataan antarabangsa”, “mendorong pertumbuhan ekonomi dunia yang terbuka”, “mengekalkan amalan multilateralisme yang sebenar”, “China tidak akan melakukan hegmoni dan juga tidak mengembangkan sayap ke luar wilayah”. Kesemua ini adalah pilihan China dan panduan yang dipegangnya sejak sekian lama.


Menurut laporan tersebut, China akan terus melaksanakan dasar asas yang terbuka dan saling menguntungkan supaya terus membekalkan peluang baharu kepada dunia.

Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang dikemukakan Presiden Xi dalam sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB ke-76 pada September tahun yang lalu, mempunyai inti patinya, iaitu mendorong pembangunan bersama sekali gus membina komuniti berkongsi nasib pembangunan global. GDI merupakan satu lagi sumbangan China untuk menyelesaikan masalah pembangunan global di samping mendorong pelaksanaan agenda 2030 PBB.

Dalam proses modenisasi pembinaan negara, PKC tidak berhenti mengorak langkahnya dalam melakukan kaji diri dan bina diri yang dipercayai juga boleh membawa manfaat kepada dunia, manakala dunia pula akan terus menyaksikan bahawa “PKC ialah parti yang mengejar kebahagiaan rakyat China dan berjuang demi usaha kemajuan manusia”.