China Komited Perkasakan Keterbukaan

2022-10-21 14:39:54  CRI
Share with:

China akan memperkasakan keterbukaan bertaraf tinggi, di samping membina iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran dan global mengikuti undang-undang, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Khamis.

Beliau menyatkan bahawa dasar pintu terbuka ialah dasar asas China dan juga simbol China pada zaman kontemporari ini.  

"Dalam tempoh sedekad lalu, pintu China dibuka makin luas walaupun globalisasi ekonomi berdepan pelbagai kesukaran.

"Jumlah perdagangan China meningkat daripada USD4.4 trilion (RM20.84 trilion) kepada USD6.9 trilion. China bukan sahaja menjadi rakan dagang utama bagi lebih 140 negara dan wilayah, tetapi juga negara perdagangan terbesar di dunia." kata Wang.

Beliau berkata, dalam sepuluh tahun lalu, jumlah penggunaan sebenar modal asing di negara ini meningkat daripada RMB700 bilion (RM457.48 bilion) kepada RMB1.15 trilion secara purata setiap tahun, dan menduduki tangga kedua di ranking dunia selama lima tahun berturut-turut sejak 2017.

"Dalam tempoh 10 tahun lalu, walaupun unilateralisme dan amalan perlindungan perdagangan diperluaskan di dunia, namun China tidak pernah berhenti langkahnya dalam usaha membina sistem ekonomi terbuka yang bertahap lebih tinggi. 

"Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan telah dilancarkan, senarai negatif akses pelaburan asing dipendekkan daripada 190 item kepada 27 item, dan jumlah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang ditandatangani China dengan negara lain bertambah daripada 10 kepada 19." kata Wang.

Beliau memberitahu bahawa China mengambil inisiatif untuk menurunkan tarif kepada 7.4%, lebih rendah daripada komitmen negara ini untuk menganggotai Pertubuhan Perdanganan Dunia (WTO), iaitu 9.8%.

Semakin banyak syarikat transnasional menganggap China sebagai destinasi pelaburan yang penting. Mereka percaya bahawa melabur di China adalah melabur untuk masa depan.