Mesyuarat ke-3 Presidium Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Diadakan
Mesyuarat ketiga presidium Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Yang diluluskan dalam mesyuarat tersebut adalah draf senarai calon anggota dan anggota cadangan Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 dan Suruhanjaya Pusat PKC ke-20 untuk Pemeriksaan Disiplin, yang akan diserahkan kepada pelbagai delegasi untuk pertimbangan selanjutnya.
Menurut maklumat berkenaan, pelbagai delegasi telah bersungguh-sungguh menjalankan pertimbangan terhadap senarai calon yang dikemukakan oleh Biro Politik Pusat PKC ke-19 dan diluluskan oleh presidium Kongres Kebangsaan ke-20 PKC sejak 19 Oktober.
Para wakil menganggap bahawa senarai calon itu dilahirkan melalui prosedur organisasi yang ketat setelah dijalankan pemilihan demokratik dalam parti, dan dianggap adalah agak akomodatif kerana merangkumi pegawai dan wakil yang unggul dari pelbagai tempat, jabatan, bidang dan industri.
Majlis pemilihan yang rasmi Kongres Kebangsaan ke-20 tentang senarai calon tersebut akan diadakan pada sebelah pagi esok.