Presiden Laos Yakin Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC Buahkan Hasil Besar

2022-10-22 12:52:14  CRI
Share with:

Presiden Laos, Thongloun Sisoulith ketika diwawancara oleh wartawan Kumpulan Media China (CMG) telah menyampaikan harapannya terhadap Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC).

Beliau berkata, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC diadakan pada masa yang menyaksikan pergolakan dunia dan rantau yang agak rumit. Namun di dalam negara China muncul situasi yang stabil dan rakyat hidup tenteram. Kemaraan China ke arah yang sihat adalah konsisten di bawah pimpinan PKC yang diketuai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat, Xi Jinping. Beliau yakin Kongres Kebangsaan ke-20 PKC pasti akan melakar hasil yang penting yang menyejahterakan rakyat, yang selanjutnya akan berubah menjadi penggerak kuat dalam memperjuangkan Matlamat Seratus Tahun kedua dan pembangunan negara sosialis bercirikan China pada era baharu.  

Menurut beliau, Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan yang dikemukakan Presiden Xi Jinping bermakna positif. Laos bersedia menyokong dan bersuara bersama-sama untuk menyumbang kepada pewujudan kedamaian dan demokrasi yang sebenar di seluruh dunia.