China Antara Tonggak Memelihara Kedamaian dan Kestabilan Dunia: Presiden Laos

2022-10-22 14:30:57  CRI
Share with:

Presiden Laos, Thongloun Sisoulith ketika menerima wawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini menyatakan bahawa perubahan yang berlaku di China akhir-akhir ini amat menakjubkan dan memberangsangkan. 

Antaranya pertumbuhan ekonomi yang mampan, masyarakat yang tenteram serta kedudukan China di peringat global yang semakin meningkat. China telah menjadi antara tonggak bagi memelihara kedamaian dan kestabilan dunia. 

Beliau berkata, Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) diadakan tatkala situasi antarabangsa yang rumit dan sering berubah. 

“China sedang menuju ke masa depan secara mampan dan stabil di bawah pimpinan PKC yang berteraskan Xi Jinping. 

“Saya yakin Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC pasti akan membuahkan hasil penting yang memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.” kata Thongloun.