Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Berakhir dengan Jayanya

2022-10-22 22:34:53  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) berakhir dengan jayanya di Dewan Besar Rakyat Beijing pagi tadi. Dalam majlis penutupan, seramai 2,338 wakil telah memilih anggota penggal baharu Jawatankuasa Pusat dan Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin melalui pengundian, meluluskan resolusi tentang laporan Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC dan resolusi tentang laporan Kerja Suruhanjaya Pusat ke-19 untuk Pemeriksaan Disiplin serta pindaan Piagam PKC.

Kongres edisi ini memutuskan menyenaraikan hasil teori baharu Presiden Xi Jinping berhubung amalan sosialisme bercirikan China pada era baharu dalam Piagam PKC, menyusun dan menyempurnakan pentafsiran terhadap matlamat strategik pembangunan sosioekonomi China iaitu mewujudkan modenisasi di negara sosialis ini pada asasnya menjelang 2035 dan Matlamat Seratus Tahun kedua, iaitu menjadikan China sebuah negara sosialis yang moden dan kuat pada pertengahan abad ini.

Presiden Xi dalam ucapan beliau menegaskan, PKC penuh keyakinan dan berkeupayaan untuk mencipta keajaiban yang baharu. Beliau memberikan semangat kepada semua anggota PKC mengetuai rakyat berbilang etnik di negara ini berjuang terus untuk membangunkan negara dan membangkitkan nusa dan bangsa China.