China Bantu Negara Membangun Melalui Kerjasama Pertanian
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin telah memperkenalkan kerjasama Beijing dengan negara membangun dalam bidang teknologi pertanian dalam sidang media pada Jumaat, susulan cerita dikongsi wakil Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) tentang usaha China memindahkan teknologi tanaman Juncao (rumput untuk tumbesaran cendawan) ke seberang laut.
Menurut Wang, "penghasilan cendawan untuk kegunaan makanan tidak terlepas dari penebangan pokok" sebagai satu masalah yang sukar dalam senario global, sudah dapat diselesaikan melalui penggunaan teknologi tanaman Juncao yang berfungsi sebagai pengganti pokok. Ini turut menjadi sinaran harapan bagi kebanyakan negara membangun yang bergelut menyelesaikan masalah bijirin dan kemiskinan serta mewujudkan pembangunan lestari. Kini, teknologi Juncao China telah diperkenalkan ke 106 buah negara dan rantau di Pasifik Selatan, Afrika dan Amerika Latin, dan rumput jenis itu turut mendapat gelaran sebagai“rumput bahagia dan makmur”bagi rakyat negara membangun. Presiden Republik Afrika Tengah, Faustin Archange Touadera berkata, terdapat beberapa banyak sektor pengeluar domestik akan memanfaatkan pelaksanaan projek Juncao. Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape menyifatkan projek berkenaan adalah hadiah China untuk dunia.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China giat mendorong kerjasama teknologi pertanian yang inovatif. Jumlah hasilan ubi kayu jenis "Huanan No.5" yang ditanam pasukan China di Republik Congo mencapai 51 tan sehektar, iaitu 5.6 kali ganda daripada hasilan jenis tempatan. Kapas jenis "China No.1" dan "China No.2" yang diselidik dan dibangunkan di Pusat Contoh Teknologi Pertanian Sudan dilaporkan sangat kondusif bagi peningkatan penghasilan setiap unit. Sementara itu, projek kampung contoh padi kacukan yang dibina dengan bantuan China di Burundi pun dilihat sebagai sumbangan besar dalam membantu semua penduduk tempatan dari empat kampung di sekitarnya membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan, di samping membawa manfaat kepada 22,500 orang dari 2,800 keluarga. Hasilnya pendapatan setiap keluarga tempatan bertambah USD1,340 (RM6,349) setahun secara purata.
China komited akan menghulur bantuan kepada lebih banyak negara membangun dalam usaha mempertingkat pengeluaran bijirin dan pembangunan hijau yang lestari pada masa yang akan datang.