Pelaksanaan Dasar PKC Berpaksikan Rakyat Konsisten

2022-10-22 15:51:53  CRI
Share with:



Pelbagai tokoh antarabangsa berpendapat bahawa Parti Komunis China (PKC) yang melaksanakan dasar berpaksikan rakyat berjaya merealisasikan pembangunan ekonomi yang pesat. China yang di bawah pimpinan PKC, dipercayai akan terus mendorong pembinaan negara sosialis yang bercirikan China pada era baharu, sekali gus menyumbangkan peluang baharu kepada dunia.


 

Pengerusi Pertubuhan Pemimpin Perniagaan Brazil di kawasan China, José Ricciardo berkata, konsep yang mengutamakan rakyat penuh dengan kebijaksanaan. Kerajaan China berjaya menyejahterakan rakyat dari segenap aspek khususnya dalam bidang pembinaan infrastruktur dan jaminan sosial. Selain itu, China juga bertindak melindungi amalan multilateralisme melalui dialog pelbagai pihak dan mekanisme antarabangsa yang terbukti bukan sahaja boleh membawa manfaat kepada pembangunan secara damai di China, malahan juga boleh mendorong pembangunan bersama dengan negara lain di dunia.

Pengarah Jawatankuasa Hal Ehwal Diplomatik Mesir, Saad pula yakin bahawa PKC mempunyai keupayaan untuk terus membina negara sosialis yang bercirikan China, dan berharap agar China terus memainkan peranan penting dalam mendorong kestabilan dan keamanan serta pembangunan mampan sedunia.


 

Naib Pengerusi Dewan Rakyat Parlimen Belarus, Valery menyatakan bahawa China sudah menjadi salah sebuah entiti ekonomi terdepan di dunia. Hasil yang dibuahkan dalam Kongres Kebangsaan ke-20 PKC dijangka kondusif bagi pembangunan China. Beliau yakin, dengan adanya pengalaman yang ditimba beberapa generasi dan pucuk pimpinan yang bijaksana, PKC boleh memastikan kelancaran dan kelangsungan dalam menempuh “Long March” yang baharu terjamin.