Fikiran Baharu dari Budaya Klasik – Buka Pintu dan Sama Menang

2022-10-22 15:31:51  CRI
Share with:

Pada lebih 2,500 tahun lalu, Konfucius menyebut "Berbesar hati ketika ada sahabat datang dari jauh", dan ungkapan ini boleh dihafalkan oleh setiap orang China. Ini mencerminkan bahawa falsafah terbuka China boleh disusuli dari budaya tradisi.

Keterbukaan dan keinklusifan ialah teras budaya China yang diwarisi dari generasi ke generasi. Dari falsafah yang menekankan persahabatan dan keharmonian antara negara dan rakyat pada lima ribu tahun lalu, anjuran "seluruh insan ialah satu keluarga" oleh Xun Zi lebih dua ribu tahun lalu, ke Inisiatif Jalur dan Laluan anjuran Presiden Xi Jinping 10 tahun lalu, sehinggalah penggunaan ruang angkasa secara damai, dan pembukaan "FAST" kepada seluruh dunia, nilai saksama, saling menolong, dan hidup harmoni yang dijunjung orang China boleh dilihat dari zaman ke zaman.