Utamakan Rakyat, Kunci Kejayaan PKC

2022-10-23 16:35:17  CRI
Share with:

 Tokoh-tokoh dari pelbagai negara memberi perhatian terhadap Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), dan bersepakatan menyatakan pencapaian China yang cemerlang dalam pembangunannya berpunca dari panduan PKC yang sentiasa mengutamakan rakyat. Pembangunan China diyakin akan menyumbang lebih banyak elemen positif kepada dunia.

 

Perdana Menteri Timor-Leste, Taur Matan Ruak menyatakan bahawa berkat pimpinan PKC, China menetapkan rancangan pembangunan negara yang strategik. Beliau yakin masa depan pembangunan China semakin baik di bawah pimpinan  PKC yang dipercayai akan terus memberi sumbangan lebih besar bagi keamanan dan kestabilan dunia.

 

Pengerusi Parti Komunis Jerman (DKP), Patrick Kubler pula menyatakan laporan kongres kali ini menegaskan lagi peri pentingnya mengutamakan rakyat. China berjaya membasmikan kemiskinan pada masa yang begitu pendek, dan akan terus berjuang demi Matlamat 100 Tahun Kedua. Wawasan yang mulia ini bukan sahaja berkaitan dengan rakyat China, malah juga akan memberi pengaruh kepada dunia.


 

Bekas Ketua Setiausaha Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Rashid Alimov menyatakan bahawa China antara negara yang pembangunannya paling pesat dan paling makmur di dunia, dengan perkembangan baik dapat disaksikan dalam pelbagai bidang baik ekonomi hijau, ekonomi digital, mahupun aeroangkasa dan lain-lain, khususnya pencapaian yang menakjubkan dalam bidang pembasmian kemiskinan. Kesemua ini tidak terlepas dari pimpinan PKC. Pencapaian cemerlang yang dikecapi China juga akan memberi manfaat kepada pembangunan global. Oleh itu, cetak biru yang baru digaris PKC untuk pembangunan China pasti juga akan membawa pengaruh positif kepada pembangunan global.