Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Lulus Draf Pindaan Piagam

2022-10-23 14:43:05  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang melabuh tirainya semalam telah meluluskan Draf Pindaan Piagam PKC, bersetuju menyenaraikan hasil teori baharu Presiden Xi Jinping berhubung amalan sosialisme bercirikan China pada era baharu dalam Piagam PKC, menyusun dan menyempurnakan pentafsiran terhadap matlamat strategik pembangunan sosioekonomi China iaitu mewujudkan modenisasi di negara sosialis ini pada asasnya menjelang 2035 dan Matlamat Seratus Tahun kedua, iaitu menjadikan China sebuah negara sosialis yang moden dan kuat pada pertengahan abad ini.

Kongres kali ini bersetuju menyerapkan tugas utama PKC iaitu memacu kebangkitan nusa dan bangsa melalui modeniasi ala China ke dalam Piagam PKC.

Sementara itu, kandungan lain yang tersenarai dalam Piagam PKC dengan sepakat termasuk berusaha merealisasikan kemakmuran bersama semua rakyat dengan selangkah demi selangkah, memegang konsep pembangunan baharu yang inovatif, harmoni, hijau, terbuka dan berkongsi, mempergiat usaha dalam membentuk paradigma pembangunan baharu yang mengutamakan kitaran domestik dan digalakkan oleh kitaran domestik-antarabangsa, dengan sepenuhnya memainkan peranan bakat profesional yang patut dilihat sebagai sumber yang pertama, menggalakkan ekonomi nasional berkembang ke arah lebih berkualiti, efisien, sama rata dan selamat, membangunkan demokrasi sepanjang proses, membina dan menyempurnakan sistem dan prosedur yang melibatkan pemilihan, permesyuaratan, membuat keputusan, pengurusan dan pengawasan demokratik, melaksanakan dasar “satu negara dua sistem” dengan menyeluruh, tepat dan teguh serta menentang dan mengekang kuasa untuk “kemerdekaan Taiwan”.

Terdapat juga kandungan yang melibatkan pembinaan disiplin PKC, iaitu menekankan tanggungjawab dan pengawasan dalam usaha mengetatkan tadbir urus Parti supaya memastikan setiap anggotanya tidak berani, tidak boleh dan tidak mahu mendekati budaya rasuah.