Pemuda Mahu Menjadi Pewaris Teknik Menyulam Etnik Li

2022-10-23 17:50:32  CRI
Share with:

Huang Yangwei, 24, mahasiswa Universiti Vokasional Teknikal Hainan. Pada enam tahun yang lalu, dia mula membelajari teknik  menyulam yang bercirikan etnik Li dalam kuliah  sekolah menengah atasnya. Sejak itu, dia tidak pernah berhenti dalam belajar teknik menyulam dan sudah pun menghasilkan banyak karya yang bercirikan etnik Li. Pada tahun lalu, dia bersama-sama dengan kakak sepupunya telah membuka sebuah kedai fesyen yang bercirikan etnik Li . Kadang-kadang Huang memilih memperkenalkan teknik menyulam dan kebudayaan etnik Li melalui penstriman dalam talian. Dia berharap agar terus meningkatkan tekniknya sehingga menjadi pewaris  teknik menyulam yang bercirikan etnik Li pada masa depan.