Tanam Bonsai, Jana Pendapatan

2022-10-23 17:39:00  CRI
Share with:

Lebih 90% penduduk kampung Hongxing, bandar Nibong provinsi Zhejiang, merupakan penanam, pembuat atau pengusaha Bonsai, iaitu industri tonggak bagi kampung tersebut. Mereka berjaya menjana pendapat berkat pembaikan infrastruktur, pembelajaran, penglibatan dalam pameran dan pertambahan saluran penjualan seperti penstriman dalam talian. Pada masa sekarang, kampung Hongxing mempunyai 65 buah pangkalan penanaman dan nilai jualan bonsai pada tahun 2021 mencecah RMB100 juta (RM62 juta).