Bandar Kunming Semakin Indah Berkat Taman Kecilan

2022-10-23 17:43:59  CRI
Share with:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pembinaan taman kecilan yang selaras dengan bentuk muka bumi, keistimewaan ekologi dan alam sekitar terus dipergiatkan di bandar Kunming. Taman kecilan yang jenisnya pelbagai bukan sahaja berperanan menambah warna hijau dan keindahan kepada landskap perbandaran, tetapi juga memudahkan penduduk bandar yang berminat mendekati alam. Setakat penghujung bulan Ogos lalu, terdapat 82 buah taman kecilan daripada 110 buah yang dijadualkan sebagai kumpulan pertama di Kunming sudah siap dibina.