Xi: China Giat Dorong Pembangunan Bermutu Tinggi, Sediakan Lebih Banyak Peluang kepada Dunia

2022-10-23 15:59:22  CRI
Share with:

Pucuk pimpinan baharu Parti Komunis China (PKC) terbentuk sebaik sahaja pengundian terbabit diselesaikan dalam sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat Ke-20 PKC pada tengah hari tadi, dengan Xi Jinping kekal sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC.

Dalam sesi pertemuan antara barisan anggota tetap penggal baharu Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dengan wartawan dari dalam dan luar negeri, Xi berkata, China telah mengayunkan langkah dalam kemaraan baharu ke arah membangunkan negara sosialis yang kuat dan moden, memperjuangkan matlamat Seratus Tahun kedua, dan mendorong pembangkitan semula nusa dan bangsa menerusi modenisasi ala China. Ekonomi China yang dilihat  kental, berpotensi besar dan akomodatif akan beroperasi mantap untuk suatu  jangka masa yang panjang. China sama sekali tidak berganjak daripada usaha memperdalam pembaharuan dan meningkatkan tahap keterbukaan, mendorong pembangunan berkualiti tinggi, dan menyediakan lebih banyak peluang kepada  dunia.

Modenisasi ala China yang dianggap sebagai hasilan praktik yang dijalankan oleh PKC dan rakyat China bertahun-tahun,  merupakan satu perjuangan yang mulia dan penuh dengan kesukaran. Dalam kemaraan baharu, PKC kekal bertindak untuk kepentingan rakyat dan bersandarkan pada  rakyat, dan komited berturut-turut merealisasikan impian rakyat terhadap hidup bahagia.

Beliau menambah, PKC akan giat mendorong pembaharuan terhadap diri sendiri dan tadbir urus ketat supaya dapat berturut-turut memberikan nafas baharu kepada diri sendiri dan menjadikan Parti yang bersejarah seabad ini sebagai tulang belakang paling kuat yang boleh dipercayai rakyat.

"Mendepani cabaran yang tidak pernah dihadapi dunia ini, rakyat di merata-rata tempat patut dianggap sebagai tuan yang memegang dan memutuskan nasib umat manusia. Negara yang memilih jalan yang  selari boleh hidup secara harmoni dan menang-menang melalui kerjasama, agar  mencipta masa depan dunia yang cemerlang. Pembangunan China tidak terlepas daripada dunia, sedangkan pembangunan dunia memerlukan China. Negara Tembok  Besar ini akan bersama dengan rakyat negara lain giat mengamalkan nilai-nilai yang milik segala umat manusia berkaitan kedamaian, pembangunan, keadilan,  demokrasi dan kebebasan, memelihara kedamaian sejagat, menggalakkan pembangunan  dunia, serta mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasbi sesama insan," kata  beliau.