Pemimpin Pelbagai Parti dan Negara Ucapkan Tahniah kepada Xi Jinping

2022-10-24 14:09:08  CRI
Share with:

Pemimpin pelbagai parti dan negara mengucapkan tahniah kepada Xi Jinping yang dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) melalui kawat dan perutusan masing-masing pada Ahad.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan, Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC yang diadakan dengan jayanya memperlihatkan maruah dan kebibawaan tinggi Xi dan perpaduan seluruh parti. Hasil kongres kali ini dipercayai dapat memacu pembangunan sosioekonomi China, sekali gus meningkat kedudukan China di arena antarabangsa.

"Saya bersedia mengadakan dialog membina dan kolaborai rapat, agar bersama-sama menggalakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia terus berkembang maju." kata Putin. 

Pengerusi Kongres Nasional Afrika (ANC) yang juga Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa menyatakan, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC memberi arah kepada parti dan negara China untuk memulakan perjalanan baharu. PKC dipercayai akan bersama-sama dengan tenaga maju di dunia untuk mendorong kesamarataan, keadilan dan pembangunan damai.

Pengerusi Parti Keadilan Argentina yang juga Presiden Argentina, Alberto Fernandez menyatakan, China mencapai kejayaan signifikan dalam pembasmian kemiskinan, inovasi sains dan teknologi, dan pembendungan wabak Covid-19 di bawah pimpinan Xi Jinping, dan ia menambahbaik kesejahteraan rakyat China, sekali gus menjadi teladan kepada negara-negara lain.  

Pengerusi Gerakan Kebebasan Rakyat Sudan (SPLM) yang juga Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir Mayardit menyatakan terima kasih kepada PKC yang memberikan sokongan kepada parti dan negaranya. Beliau bersedia terus merapatkan persahabatan kedua-dua parti dan negara bagi memberikan manfaat kepada rakyat.

Presiden Belarus, Alexander Grigoryevich Lukashenko menyatakan, pemilian presiden Xi Jinping sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC sekali lagi mencerminkan sokongan teguh dari lebih 96 juta anggota parti. Beliau percaya China pasti akan mencapai sasaran membina negara sosialis yang moden secara menyeluruh di bawah pimpinan Xi Jinping.