Tokoh Asing Puji Mesej Kongres Kebangsaan ke-20 PKC

2022-10-24 15:56:15  CRI
Share with:



Mesej-mesej yang disampaikan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) disambut baik oleh para tokoh asing.

Speaker Parlimen Thailand, Chuan Leekpai menyatakan, pemimpin tertinggi China menyedari bahawa multilateralisme jitu perlu diamalkan apabila usaha dilakukan untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik.

Menurut beliau, penyelesaian semua masalah yang dihadapi dunia saat ini bukan hanya bergantung kepada sesebuah negara tertentu, sebaliknya memerlukan kolaborasi berasaskan prinsip adil dan saksama.

Sementara itu, ahli penyelidik dari Universiti Meiji Gakuin, Ishida Ryuji berkata, dalam konteks pandemik masih berlarutan dan situasi global agak rumit pada ketika ini, PKC sentiasa berpegang kepada dialog dan komunikasi dengan dunia.

“China bersikap terbuka dan inklusif dalam menterjemahkan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan menerusi tindakannya.

“Negara itu (China) adalah pemelihara keamanan dunia,” ujar Ishida.

Kongres Kebangsaan ke-20 PKC berakhir di Beijing pada Sabtu, yang memberi pendedahan mengenai pelan pembangunan negara kepada dunia luar.

Antaranya termasuk komitmen China dalam mengamalkan strategi keterbukaan secara sama menang, memantapkan kerjasama dua hala, serantau dan pelbagai hala serta memupuk momentum baharu untuk pembangunan global.

Selain menolak amalan perlindungan, negara Tembok Besar itu berikrar untuk terus menyokong teguh dan menghulurkan tangan membantu kepada negara membangun.