KDNK China Naik 3% pada Tiga Suku Pertama 2022

2022-10-24 11:25:01  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencapai RMB87.02 trilion (RM56.91 trilion) pada tiga suku pertama tahun ini, meningkat 3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu, dan 0.5 peratus lebih tinggi berbanding separuh tahun pertama tahun ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Negara (NBS) China pada Isnin, sejak awal tahun ini, ekonomi China terus pulih dan mencapai prestasi yang kian baik.

Dalam pada itu, permintaan pengeluaran bertambah baik, sementara pekerjaan dan harga barangan kekal stabil, dan jaminan kehidupan rakyat ditingkatkan. Ekonomi China beroperasi dalam julat yang munasabah.