Pemimpin Pelbagai Negara Ucapkan Tahniah kepada Xi

2022-10-24 11:59:00  CRI
Share with:

Pemimpin-pemimpin dari beberapa negara mengucapkan tahniah kepada Xi Jinping yang dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC), menerusi kawat dan perutusan masing-masing pada Ahad.

Antaranya Setiausaha Agung Parti Rorong Korea, Kim Jong Un, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos, Thongloun Sisoulith, dan Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba dan Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel.

Kim Jong Un menyatakan bahawa Xi Jinping memikul tanggungjawab berat untuk mengetuai PKC, dan ini juga mencerminkan keyakinan, sokongan dan harapan seluruh parti dan rakyat China. Beliau percaya bahawa di bawah pimpinan Setiausaha Agung Xi Jinping, PKC dan rakyat China akan mempertahankan dan mengembangkan sosialisme bercirikan China dan pasti mampu mencapai kecemerlangan dalam perjalanan baharu membina negara sosialis yang moden secara menyeluruh.

Nguyen Phu Trong mengatakan, di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat PKC berteraskan Xi Jinping, dan di bawah bimbingan fikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu, seluruh parti dan rakyat China pasti akan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Kongres Kebangsaan ke-20 PKC untuk membina China menjadi negara sosialis yang moden, makmur, kuat, demokratik, bertamadun, harmoni dan indah.

Thongloun Sisoulith menyatakan bahawa konsep dan inisiatif yang dianjurkan oleh Xi Jinping seperti komuniti berkongsi nasib sesama insan, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), inisiatif pembangunan global, dan inisiatif keselamatan global mendapat pengiktirafan dan sokongan meluas oleh masyarakat antarabangsa. Konsep dan inisiatif tersebut sudah dan akan terus memberi sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Miguel Díaz-Canel berkata bahawa China dan Cuba adalah sahabat, rakan seperjuangan dan saudara yang baik. Saling percaya dalam politik dan bekerjasama rapat adalah keunikan hubungan kedua-dua negara ini. Beliau bersedia untuk bersama-sama Xi Jinping untuk meningkatkan kebimbingan politik terhadap hubungan tersebut, supaya ia terus berkembang maju dan bertambah baik. Beliau berharap hubungan baik ini akan menggalakkan pembangunan mampan kedua-dua negara dan memberi manfaat kepada rakyat, serta mendorong pembangunan sosialisme di dunia.