Modenisasi Ala China Sasar Kemakmuran Bersama Rakyat

2022-10-25 16:12:59  CRI
Share with:

Modenisasi ala China menjanjikan kemakmuran bersama buat seluruh masyarakat, kata Naib Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Sun Yeli.

Sun berkata, dalam usaha memastikan seluruh masyarakat mengecapi kehidupan yang makmur, kerajaan tidak akan membiarkan sesiapa pun tertinggal.

"Kemakmuran bersama merupakan matlamat jangka panjang yang memerlukan sinergi berterusan untuk merealisasikannya," ujar beliau semasa sesi taklimat pada Isnin.

Pengarah Pejabat Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat PKC, Jiang Jinquan turut mengulas lebih lanjut mengenai visi mewujudkan kemakmuran bersama dengan mengambil ibarat 'buat kek' dan 'agih kek'.

"Seluruh masyarakat harus bersinergi untuk menghasilkan sebuah kek yang lebih besar, kemudian mengagihkan kek itu mengikut kerja menerusi aturan keinstitusian secara munasabah.

"Hubungan antara 'buat kek' dan 'agih kek' perlu dikendalikan dengan baik, selain mengelak berlakunya polarisasi masyarakat," tegas beliau.

Beliau turut menekankan dua perkara yang perlu dititikberatkan dalam proses tersebut, iaitu pembangunan berkualiti serta penambahbaikan kesejahteraan rakyat.