Sidang Media Menghuraikan Laporan Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sidang media pada pagi Isnin untuk memberikan huraian mengenai laporan Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC.
Menurut pegawai yang hadir, laporan tersebut bukan sahaja perisytiharan politik dan pelan tindakan Parti yang mengetuai rakyat pelbagai kaum untuk mencapai kecemerlangan baharu dalam pembinaan negara sosialis yang bercirikan China pada era baharu, tetapi juga dokumen penting mengenai garis panduan Marxisme.
Selain itu, perkataan hangat dalam kongres kali ini yang menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa seperti modenisasi ala China, pembangunan bermutu tinggi, mentadbir urus parti secara ketat dan berdisplin pula diterangkan secara terperinci.
Laporan kongres kali ini mengimbas kembali kerja Parti pada lima tahun lalu dan perubahan signifikan pada sepuluh tahun lalu, menggariskan cetak biru dan perancangan China untuk membina negara sosialis yang moden secara menyeluruh, di samping membuat rancangan tentang pembangunan Parti dan negara bagi lima tahun akan datang.
Dalam pada itu, "modenisasi ala China" antara perkataan hangat dalam kongres kali ini. Laporan kongres telah menerangkan ciri-ciri modenisasi ala China secara sistematik, iaitu ia melibatkan populasi yang amat besar, kemakmuran bersama, keseimbangan antara tamadun material dengan tamadun rohani, keharmonian antara manusia dengan alam, dan pembangunan secara damai. Modenisasi ala China menyumbangkan pilihan baharu bagi mewujudkan modenisasi umat manusia.