Tingkatkan Bantuan Kemanusiaan di Syria: China

2022-10-26 13:05:41  CRI
Share with:

China menyokong usaha untuk mendorong proses politik di Syria yang diterajui dan dilakukan rakyat Syria, di samping meningkatkan kecekapan dan skala bantuan kemanusiaan di Syria.

Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan mengenai isu politik dan kemanusiaan Syria pada Selasa.

Beliau berkata, resolusi 2642 Majlis Keselamatan membuat aturan komprehensif dan seimbang demi membaiki situasi kemanusiaan di Syria, dan ia patut dilaksanakan secara berkesan.

Dalam tempoh dua bulan lalu, bilangan projek pemulihan awal yang memperoleh tajaan telah meningkat dengan ketara. China menggalakkan PBB dan masyarakat antarabangsa terus meningkatkan peruntukan dalam projek pemulihan awal, di samping meningkatkan kecekapan dan skala bantuan kemanusiaan ke Syria.