Dekati Roket Pembawa Long March-5B

2022-10-26 14:50:54  CRI
Share with:

Kombinasi modul eksperimen Mengtian dan roket pembawa Long March-5B Y4 dipindahkan ke pad pelancaran di Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di Hainan, selatan China pada Selasa.

Susulan itu, kerja-kerja pemeriksaan fungsi dan pelbagai ujian akan dijalankan seperti yang dirancang, dan pelancaran berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Long March 5B merupakan model kenderaan pelancar yang berkuasa paling tinggi dari segi kapasiti pembawaan ke orbit Bumi rendah.

Setakat ini, roket pembawa itu berjaya melengkapkan tugas pelancaran membabitkan modul teras Tianhe dan modul eksperimen Wentian.

Long March berkenaan bukan sahaja mempunyai ciri-ciri seperti tahap keselamatan dan autoritatif yang tinggi, malah kabin kargo roket itu turut boleh direka bentuk khusus untuk modul eksperimen Mengtian mengikut saiz dan beratnya.

Pada masa hadapan, Long March 5B juga akan digunakan untuk misi pelancaran Teleskop Stesen Angkasa China (CSST) atau dikenali Xuntian, iaitu balai cerap optik berpangkalan angkasa yang memudahkan ahli astronomi menjalankan tinjauan langit dan menangkap peta atau imej langit.