Washington Gagal Tangani Perubahan Iklim: Rakyat AS

2022-10-26 14:58:13  CRI
Share with:

Hasil tinjauan pendapat umum terkini mendapati bahawa sebanyak 62 peratus responden berpendapat kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) bertindak kurang berkesan dalam usaha menangani perubahan iklim. Sementara itu, kira-kira 50 peratus responden menganggap peruntukan kerajaan dalam tenaga boleh baharu tidak mencukupi.

Tinjauan pendapat umum yang dilakukan oleh Pusat AP-NORC yang ditubuhkan bersama oleh Associated Press (AP) dan Pusat Penyelidikan Pendapat Umum Universiti Chicago (NORC).

Menurut keputusan tinjauan tersebut, sebanyak 61 peratus responden mengaku tidak mengetahui Akta Pengurangan Inflasi yang diluluskan pada Ogos lalu. Akta tersebut terutamanya melibatkan bidang iklim. Jumlah peruntukan kerajaan persekutuan dalam bidang iklim dan tenaga bersih mencatat kira-kira USD370 bilion dan dianggap sebagai akta yang memperuntukkan dana paling banyak dalam perubahan iklim dalam sejarah negara itu.

Di samping itu, sebanyak 49 responden berpendapat kesan akta itu dalam menangani perubahan iklim tidak banyak, malah 14 peratus responden menganggap akta itu akan memberi kesan sebaliknya.